Kenali SAINA

PENDAHULUAN



Sekolah Menengah Sains Pokok Sena adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia.




BILAKAH SMSPS DIASASKAN?



Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada pertengahan tahun 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.



PEGAWAI YANG MULA BERTUGAS DI SMSPS

Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.
Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.


Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada bulan November 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengambilan pelajar pertama sekolah ini pada 15 Januari 1996 menyaksikan seramai 136 orang pelajar tingkatan satu ditempatkan dalam lima buah kelas dan 168 orang pelajar tingakatan empat yang ditempatkan dalam enam buah kelas. Bilangan guru pada waktu itu seramai 25 orang.

Bendera Sekolah
HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani

Cogan Kata Sekolah
BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT
Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah BerilmuBeramalBertaqwa. Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqwa melengkapi sifat warga impian SBP.

No comments:

Post a Comment